Sunday, August 14, 2011

Egg Tart



Pastry :

200gm Butter
80gm icing sugar
360gm superfine flour
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla

Filling:

1 cawan susu cair
4 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air
1 sudu besar tepung kastad
1/2 sudu kecil vanilla essence


Cara Membuat:

1. Pukul butter dan gula sampai kembang
2. masukkan telur sedikit demi sedikit
3. masukkan tepung hingga menjadi doh
4. ratakan setebal 1/2 cm dan terap dlm acuan
5. cucuk dgn garfu supaya x kembung. dan bakar selama 10 min pada suhu 180 darjah
6. keluarkan dan masukkan filling. bakar lagi 10 min.
7. untuk filling. Campurkan semua bahan dan gaul hingga sebati.


SELAMAT MENCUBA~~

Wednesday, July 27, 2011

New Recipe~~

Its been a long time x update my blog, since i have been busy taking care of things here at home...July is the most busiest month of the year for me! Imagine to celebrate 6 family members bdays in every week! Including ME! Plus, ramadhan is just around the corner (yippie!!! can't wait!) 
But despite of my busy schedule (wah! trip artis!), i have manage to find a way to bake this moist and delicious choc muffin/cuppy without using too much flour and ingredients..u only need to use around 5 ingredients that u can find easily in ur pantry..no need to rush to bake with me! How easy that is!! (i'm starting to sound like a saleswoman!) Even Zahry and his dad who are not a chocolate fan, loves it! (okay, i need to stop using exclaimination mark..O_0 )
But before i can update the recipe,  i need to try baking it again..So be patience, peeps...Got to go, duty call! 
Bye Y'alls~~

 

Monday, June 27, 2011

Burger Kecil

Hari ni buat lagi burger kegemaran hubby ku..sepa2 mau cuba, try la ok? resipi di sini~

Roll Tuna Sandwich




BAHAN-BAHANNYA :-)

250gm tepung roti (high protein flour)
50gm gula kastor
1/2camca teh garam
10gm susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
30gm telur (pecahkan sebiji, kacau sedikit dan timbang)
6gm instant yeast
20gm mentega
125ml air suam (kalau guna breadmaker, guna air biasa

BAHAN INTI TUNA :-")

1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, tos dan keringkan, lecek hancur
2 1/2 camca besar mayonis
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi (optional) perah jusnya
1/2 camca teh lada hitam, asingkan sedikit untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

    UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).






    UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.










    Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....

SELAMAT MENCUBA~~~

Wednesday, June 22, 2011

Donut

Ibunda hari2 minta buat donut, last2 hari ni baru dapat buatkan..kalau buat donut ni, kalau ikut saiz besa, mgkn dapat buat dlm 32 biji gitu..tp oleh kerna saya buat mini donut, 1/2 adunan ada lah dapat 24 biji..sukati u alls la ok, ikut mana suka..

BAHAN-BAHANNYA :-

280ML AIR
300GM TEPUNG ROTI (HIGH PROTEIN FLOUR)
200GM TEPUNG GANDUM (PLAIN FLOUR)
10GM GARAM
60GM GULA HALUS
20GM SUSU TEPUNG
1/2 CAMCA BESAR BAKING POWDER
3 1/2 CAMCA TEH INSTANT YEAST
2 KUNING TELUR
50GM LEMAK SAYURAN

Cara membuatnya:

satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat d mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (naik 1 ganda).

Keluarkan doh tadi, dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai yang satu lagi setebal 1/2 inci. Terap dengan penerap donut dan alihkan ke dulang yang telah d tabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.

Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 4-5 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel. Hiaskan dengan gula halus, gula icing, coklat atau apa2 sahaja.

SELAMAT MENCUBA U ALLS~~~

Sunday, June 12, 2011

Buttermilk Bun


BUTTERMILK BUN

BAHAN DOH :-)
300gm tepung gandum (saya pakai high protein flour)
55gm gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30gm minyak sapi (guna mentega pun boleh)
1 1/2 camca teh instant yeast
30gm telur (1 biji telur, di kocok sedikit dan timbang)
100ml air suam
50ml air (extra)

Filling Buttermilk:
For fillings- mix altogether
1  1/2 cups milk powder
1/2 cup fine sugar
1/2 cup butter
1 tbsp vanilla

UNTUK DOH:- Dalam air suam, masukkan yis dan 1 camca teh gula halus (dari 55gm gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan masukkan bancuhan ragi tadi. Uli dan tambahkan air (yang extra 50ml tadi) sedikit demi sedikit sehinggan menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit.


CARA MEMBUATNYA :-)
Campurkan bahan2 filling, ketepikan. Ambil doh dan bahagikan kepada 10 bahagian (saya dapat 11 biji doh, setiap satu 50gm). Kemudian, isi kan kedalam setiap doh,  letakkan di atas loyang yang sudah di sapukan sedikit mentega, buat hingga siap. Biarkan selama 45 minit, sehingga kembang..Bakar selama 20-25 minit pada kepanasan 190c.


SELAMAT MENCUBA!

Saturday, June 11, 2011

Panduan Membuat Cheesecake

Kalau kita membuat sendiri kek keju, kosnya tidaklah sampai RM20. Tetapi kalau kita beli di kedai bakeri harganya mencecah RM60 sebiji. Dan yang pentingnya kita tak pasti samada ianya halal kerana kalau dibuat oleh bukan Islam,tentunya mereka letakkan wain atau likuer dalam kek untuk tahan lama. Untuk jimatkan kos terutama membeli krim keju dan whipping cream, belilah di kedai menjual bahan kek kerana lebih murah berbanding pasaraya biasa. Misalnya, krim keju Philadelphia (250 gm) berharga RM11 di pasaraya biasa, tetapi di kedai bahan kek seperti Bake With Me dan lain-lain, harganya cuma RM7.00 dan untuk 500gm, RM11. Begitu juga dengan bahan-bahan yang lain, lebih murah.

Secara ringkasnya, kek keju boleh dibahagikan kepada dua jenis ialah jenis bakar(bake) dan juga jenis dingin (chill). Jenis dingin lebih mudah kerana tidak perlu membakar. You alls hanya perlu menyediakan lapisan asas (base) yang terdiri dari kek span atau biscuit crust. Tetapi kelemahan kek ini ialah ia perlu sentiasa didinginkan supaya tidak lembik.

Also, pastikan gelatin yang digunakan semasa membuat Chilled Cheesecake adalah jenis halal dari Pakistan yang berbentuk butiran kristal bewarna perang muda (kalau x silap, BWM ada jual). Apabila dicampurkan dengan air panas,ia agak kuat baunya tetapi akan hilang apabila bercampur dengan keju.

Kaedah Bain-Marie



Panduan Membuat Kek Keju
1. Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
2. Gunakan jenis krim keju Philadelphia (ketul) bukan jenis spreadable (dalam botol).
3. Gunakan kaedah water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
4. Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.
5. Untuk tin pembakar, gunakan springform atau loose tin supaya mudah dikeluarkan. Jika tiada, boleh gunakan acuan biasa tetapi lapik dengan plastic wrap agar mudah dikeluarkan (utk cara dingin).
6. Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.
7. Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.
8. Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.
9. Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.
10. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
11. Untuk kek jenis dingin,gelatin adalah bahan yang digunakan untuk setkan kek (mengeraskan kek). Cara membuatnya ialah,didihkan air dan masukkan gelatin.Angkat dari api dan kacau hingga gelatin hancur dan menjadi cair. Sejukkan sebentar sebelum dicampurkan dengan keju.
12. Whipping cream yang digunakan pula adalah jenis Dairy Whipping Cream (apa-apa jenama) yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream. Jangan gunakan Non-Dairy Whipping Cream (for topping), ianya hanya untuk hiasan atas kek.(sudah belajar kan dr post sebelum ni)
13. Setelah bahan-bahan dibancuh, tuangkan atas kek span atau biscuit crust dan simpan dalam peti sejuk (chiller) untuk 4 - 5 jam sehingga keras. Untuk cepatkan proses mengeras, simpan 1 -
2jam dalam freezer (tempat beku) kemudian alihkan ke tempat chiller.