Hari ni buat lagi burger kegemaran hubby ku..sepa2 mau cuba, try la ok? resipi di sini~
Showing posts with label Bun and Pizza. Show all posts
Showing posts with label Bun and Pizza. Show all posts
Monday, June 27, 2011
Roll Tuna Sandwich
BAHAN-BAHANNYA :-)
250gm tepung roti (high protein flour)
50gm gula kastor
1/2camca teh garam
10gm susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
30gm telur (pecahkan sebiji, kacau sedikit dan timbang)
6gm instant yeast
20gm mentega
125ml air suam (kalau guna breadmaker, guna air biasa
BAHAN INTI TUNA :-")
1 camca besar mentega, dicairkan
1 tin tuna, tos dan keringkan, lecek hancur
2 1/2 camca besar mayonis
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 pokok daun bawang, hiris halus, asingkan sedikit untuk hiasan
1 biji limau kasturi (optional) perah jusnya
1/2 camca teh lada hitam, asingkan sedikit untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH :- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
UNTUK ROLL TUNA SANDWICH :- Satukan semua bahan untuk inti tuna kecuali mentega, kacau rata. Ketepikan. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti tuna dan ratakan. Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh. Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabut baki hirisan daun bawang dan lada hitam. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya....
SELAMAT MENCUBA~~~
Wednesday, June 22, 2011
Donut
Ibunda hari2 minta buat donut, last2 hari ni baru dapat buatkan..kalau buat donut ni, kalau ikut saiz besa, mgkn dapat buat dlm 32 biji gitu..tp oleh kerna saya buat mini donut, 1/2 adunan ada lah dapat 24 biji..sukati u alls la ok, ikut mana suka..
BAHAN-BAHANNYA :-
280ML AIR
300GM TEPUNG ROTI (HIGH PROTEIN FLOUR)
200GM TEPUNG GANDUM (PLAIN FLOUR)
10GM GARAM
60GM GULA HALUS
20GM SUSU TEPUNG
1/2 CAMCA BESAR BAKING POWDER
3 1/2 CAMCA TEH INSTANT YEAST
2 KUNING TELUR
50GM LEMAK SAYURAN
Cara membuatnya:
satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat d mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (naik 1 ganda).
Keluarkan doh tadi, dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai yang satu lagi setebal 1/2 inci. Terap dengan penerap donut dan alihkan ke dulang yang telah d tabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.
Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 4-5 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel. Hiaskan dengan gula halus, gula icing, coklat atau apa2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA U ALLS~~~
BAHAN-BAHANNYA :-
280ML AIR
300GM TEPUNG ROTI (HIGH PROTEIN FLOUR)
200GM TEPUNG GANDUM (PLAIN FLOUR)
10GM GARAM
60GM GULA HALUS
20GM SUSU TEPUNG
1/2 CAMCA BESAR BAKING POWDER
3 1/2 CAMCA TEH INSTANT YEAST
2 KUNING TELUR
50GM LEMAK SAYURAN
Cara membuatnya:
satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat d mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (naik 1 ganda).
Keluarkan doh tadi, dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai yang satu lagi setebal 1/2 inci. Terap dengan penerap donut dan alihkan ke dulang yang telah d tabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.
Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 4-5 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel. Hiaskan dengan gula halus, gula icing, coklat atau apa2 sahaja.
SELAMAT MENCUBA U ALLS~~~
Sunday, June 12, 2011
Buttermilk Bun
BAHAN DOH :-)
300gm tepung gandum (saya pakai high protein flour)
55gm gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30gm minyak sapi (guna mentega pun boleh)
1 1/2 camca teh instant yeast
30gm telur (1 biji telur, di kocok sedikit dan timbang)
100ml air suam
50ml air (extra)
Filling Buttermilk:
For fillings- mix altogether
1 1/2 cups milk powder
1/2 cup fine sugar
1/2 cup butter
1 tbsp vanilla
UNTUK DOH:- Dalam air suam, masukkan yis dan 1 camca teh gula halus (dari 55gm gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan masukkan bancuhan ragi tadi. Uli dan tambahkan air (yang extra 50ml tadi) sedikit demi sedikit sehinggan menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit.
CARA MEMBUATNYA :-)
Campurkan bahan2 filling, ketepikan. Ambil doh dan bahagikan kepada 10 bahagian (saya dapat 11 biji doh, setiap satu 50gm). Kemudian, isi kan kedalam setiap doh, letakkan di atas loyang yang sudah di sapukan sedikit mentega, buat hingga siap. Biarkan selama 45 minit, sehingga kembang..Bakar selama 20-25 minit pada kepanasan 190c.
SELAMAT MENCUBA!
Saturday, June 11, 2011
Burger Mini A.K.A Burger Kampung
![]() | |
| okeh..yang panjang tu hasil kerja tangan hubby ku..dia mau yg besar sbb ini fav dia.. |
BAHAN_BAHANNYA :-)
1 1/2 cawan tepung gandum
2 camca besar susu tepung
1 1/2 camca besar gula kastor
1 1/2 camca besar shortening (tapi, stok shortening dah habis, maka saya ganti dgn majerin)
1/4 camca teh garam halus
100ml air suam*
1 camca teh instant yeast* (*disatukan dan kacau rata, biar hingga berbuih)
sedikit air tambahan
Sambal tumis ikan bilis scukupnya
Hirisan timun
CARA MEMBUATNYA :-)
Dalam satu bekas, satukan tepung, susu tepung, gula halus, lemak sayur dan garam halus, gaul rata dan tuang bancuhan yis tadi. Gaul rata, jika kurang air, tambah sedikit lagi dan gaul hingga menjadi doh yang tidak melekit di tapak tangan dan juga mangkuk.
Tabur tepung pada meja kerja, keluarkan doh dan bagi kepada 10 bahagian, saya timbang 45gm setiap satu, bulat2kan seperti membuat bun, susun dalam loyang yang di tabur sedikit tepung, buat hingga siap dan biar 40-45 minit atau kembang.
Goreng dalam minyak sederhana panas hingga kuning keemasan pada kedua2 bahagian. Angkat, toskan, letak atas paper towel. Bila sejuk, belah dan letak sambal tumis dan juga hirisan timun. Gunakan pisau bergerigi halus untuk mendapatkan potongan yang cantik (pisau untuk belah roti burger tuuu)..Hidangkan, Selamat mencuba dan Selamat Kenyang...
Friday, June 10, 2011
Sosej Blossom Bun
![]() | ||
| Tadaaaaaa~ |
BAHAN-BAHANNYA :-)
250gm tepung roti ( high protein flour)
50gm gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gm susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
30gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6gm instant yeast
20gm mentega
125ml air suam (kalau guna breadmaker, guna air biasa)
10 batang sosej "ayamas", celur sekejap dan toskan
Mayonaise secukupnya
Sos Cili/tomato secukupnya
Mix vege secukupnya
CARA MEMBUATNYA :-)
UNTUK DOH:- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega. Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan teruskan menguli sehingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (lebih kurang 20 minit..lenguh tangan wooo). Bulat2kan doh, letak dlm bekas dan balut dgn plastik wrap, biarkan selama 45 minit hingga naik.
Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (lebih kurang 50gm setiap satu). Ambil satu bahagian dan canaikan memanjang, letak 1 batang sosej dan bungkus, kemudian kerat kepda 8 bahagian (seperti dalam gambar).
![]() |
| haha..sila ignore canaian yang x rata.. |
Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir di tolak ke tengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga.Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih dalam dulang pembakar yang telah di sapu sdikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perapkan 45 minit.
Sapu dengan baki telur tadi rata2. Tabur mix vege, kemidian paipkan sos dan mayo. Bakar pada suhu 190c selama 20-25 minit. Sejukkan sebelum di hidang.
![]() | |
| dalam proses membakar.. |
Sosej Roll
Ini hasilnya..memang terlebih gebu, sampai tertutup sosej di hujung tu..hahaha..x apa..homemade kan..yang penting, rasanya..TIP TOP~
Hello..jumpa lagi..Tadi petang, saya ada buat sosej roll untuk anak buah saya..Ini kali ke-3 saya buat ni, dan betul2 yakin resipi ni paling sedap dan puas hati dengan hasilnya. Tidak sampai 2 jam, habis licin! hahahaha...
SOSEJ ROLL
BAHAN DOH :-)
300gm tepung gandum (saya pakai high protein flour)
55gm gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
30gm minyak sapi (guna mentega pun boleh)
1 1/2 camca teh instant yeast
30gm telur (1 biji telur, di kocok sedikit dan timbang)
100ml air suam
50ml air (extra)
BAHAN-BAHANNYA :-)
14 batang sosej (saya pakai brand ayamas yang honey), rebus 2 minit, toskan dan biar sejuk
Telur (guna baki telur dalam resipi)*
1/2 camca besar susu sejat* (*disatukan dan kacau rata)
Biji bijan untuk hiasan
UNTUK DOH:- Dalam air suam, masukkan yis dan 1 camca teh gula halus (dari 55gm gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan masukkan bancuhan ragi tadi. Uli dan tambahkan air (yang extra 50ml tadi) sedikit demi sedikit sehinggan menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit.
CARA2 MEMBUATNYA :-
Canai doh roti tadi dalam bentuk 4 segi tepat, kemudian potong kepada 14 bahagian (dalam gambar tu sya potong 7 bahagian ja), ambil 1 bahagian dan lilitkan pada sosej, pastikan punca doh tadi berada di bawah lilitan pertama, ini untuk menggelakkan doh terbuka. Lilit hingga ke hujung dan selitkan bawah ilitan terdahulu.
Kemaskan dan susun dalam dulang pembakar yang telah di sapu sedikit mentega. Buat hingga siap. Biar kan 45 minit hingga naik. Sementara itu, panaskan oven pada suhu 190c sekurang2nya 10 minit. Sapu roti tadi dengan bancuhan telur + susu cair dan tabur dgn bijan. Bakar roti 25 minit atau hingga perang keemasan (aha! saya punya itu telebih masak, warna nya kecoklat gelapan..hahaha). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum di hidangkan.....SELAMAT MENCUBA!
Monday, June 6, 2011
Basic Sweet Dough
Resipi doh ni, kita boleh buat apa2 jenis bun yg kita suka..sudah namanya "basic" kan..Tinggal you alls tambah inti lagi la kalau suka..
Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (boleh juga di ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur
Cara membuatnya :-)
Bahan-Bahannya :-)
400 g tepung roti (high-protein flour)
6 g garam
4 g bread improver
5 g gluten (boleh juga di ganti dgn bread softerner)
80 g gula halus
11 g instant yeast
1 biji telur gred A
190 g air ( = 190 ml)
30 g mentega
30 g lemak sayur
Cara membuatnya :-)
- Satukan semua bahan diatas kecuali mentega dan lemak sayur, kedalam mangkuk adunan, uli hingga menjadi doh, tambah lemak sayur dan mentega, terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, licin dan anjal. Rehatkan 10 minit, tutup dengan kitchen towel.
- Bahagi2kan doh tadi (40 g setiap bahagian). Bentukkan ikut kreativit masing2, sama ada diisi inti, dibuat roti sosej atau pun dibuat roti ala2 sanggul, ditabur keju atau badam...
- Bila siap alih kan ke dalam dulang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel dan biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
- Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 10 - 12 minit, atau bergantung pada oven masing2....Selamat mencuba!
Subscribe to:
Posts (Atom)

















