Aising fondant adalah sejenis aising keras yang berasal dari negara Barat dan digunakan dengan meluas di Amerika dan negara-negara Eropah yang lain. Mereka membalut aising fondant untuk kek perkahwinan, pertunangan dan juga untuk kek harijadi. Tetapi di negara kita, tidak ramai yang gemarkan aising fondant kerana kulitnya yang keras. Biasanya kek yang dibaluti aising fondant terdiri dari kek buah atau lain-lain kek mentega yang padat. Kek span tidak sesuai kerana terlalu lembut untuk menampung berat fondant. Kek berhias aising fondant sangat indah hasil seninya apatah lagi dihiasai dengan bunga-bunga dari gumpaste.Ia juga sesuai dibawa dalam perjalanan yang jauh. Itulah sebabnya harganya agak mahal.
Resipi Aising Fondant
Bahan-bahan :
1 kg. gula aising
500 gm gula aising tambahan
17 gm (2 sudu besar) serbuk gelatin halal
100 gm air
1 sudu besar sirap glukos (glucose syrup)
12 gm krimwell @ shortening
40 gm gliserin
Cara Membuatnya :
Bahan-bahan :
1 kg. gula aising
500 gm gula aising tambahan
17 gm (2 sudu besar) serbuk gelatin halal
100 gm air
1 sudu besar sirap glukos (glucose syrup)
12 gm krimwell @ shortening
40 gm gliserin
Cara Membuatnya :
1. Tuang air dan gelatin ke dalam periuk kecil dan panaskan atas api perlahan hingga gelatin larut.
2. Masukkan sirap glukos, krimwell dan kacau hingga larut dan mendidih sebentar. Tutup api dan sejukkan.
2. Masukkan sirap glukos, krimwell dan kacau hingga larut dan mendidih sebentar. Tutup api dan sejukkan.
3. Gula aising (1 kg) diayak dua kali atas meja atau dulang.
4. Buat lubang di tengah gula aising dan tuangkan adunan yang telah sejuk tadi. Kaup dan balikkan guna scrapper hingga adunan sebati. (guna mesin pun boleh). Tuangkan gliserin dan uli lagi 5 minit hingga lembut.
5. Jika adunan agak keras, renjis sedikit air panas dan uli hingga lembut. Jika lembik dan melekit,tambah sedikit gula aising lagi dan uli rata hingga lembut.
6. Masukkan dalam beg plastik dan simpan pada suhu bilik.Tak perlu dimasukkan dalam peti sejuk. Boleh digunakan dalam masa seminggu.
Tip dan panduan:
1. Doh jangan lama didedahkan kerana ia akan kering. Selepas digunakan simpan dalam plastik.
2. Doh adalah lembut dan boleh dibentuk bunga, daun, reben dan sebagainya.
3. Untuk warnakan doh,ambil lidi dan celupkan dalam pewarna.Kemudian calitkan atas doh dan uli hingga warna merata.
4. Doh sesuai dicanai atas meja marble atau meja stainless steel. Meja kayu tidak sesuai kerana akan melekat.
5. Apabila mencanai, taburkan gula aising atas meja supaya tidak melekat.
6. Kek buah yang hendak dibalut fondant hendaklah disapu jem panas atau aising buttercream yang nipis agar lembap.
Untuk dapatkan cara-cara membalut kek dengan fondant, sila layari http://www.shop.pattycakes.com/
http://www.wilton.com/ dan lain-lain laman web yang berkenaan.
http://www.wilton.com/ dan lain-lain laman web yang berkenaan.
No comments:
Post a Comment