Wednesday, June 22, 2011

Donut

Ibunda hari2 minta buat donut, last2 hari ni baru dapat buatkan..kalau buat donut ni, kalau ikut saiz besa, mgkn dapat buat dlm 32 biji gitu..tp oleh kerna saya buat mini donut, 1/2 adunan ada lah dapat 24 biji..sukati u alls la ok, ikut mana suka..

BAHAN-BAHANNYA :-

280ML AIR
300GM TEPUNG ROTI (HIGH PROTEIN FLOUR)
200GM TEPUNG GANDUM (PLAIN FLOUR)
10GM GARAM
60GM GULA HALUS
20GM SUSU TEPUNG
1/2 CAMCA BESAR BAKING POWDER
3 1/2 CAMCA TEH INSTANT YEAST
2 KUNING TELUR
50GM LEMAK SAYURAN

Cara membuatnya:

satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut. Masukkan lemak sayur sambil terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat d mangkuk adunan. Bulat2kan doh, masukkan dalam satu bekas dan biar 1 jam (naik 1 ganda).

Keluarkan doh tadi, dan uli sekejap, rehatkan 5 minit. Bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai yang satu lagi setebal 1/2 inci. Terap dengan penerap donut dan alihkan ke dulang yang telah d tabur sedikit tepung. Buat hingga siap. Rehatkan 30 minit hingga naik lagi.

Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 4-5 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak. Bila kuning keemasan pada kedua2 permukaan, boleh angkat dan toskan atas paper towel. Hiaskan dengan gula halus, gula icing, coklat atau apa2 sahaja.

SELAMAT MENCUBA U ALLS~~~

No comments:

Post a Comment