Terdapat beberapa jenis bahan asas yang sering digunakan dalam pembuatan  kek.Bahan-bahan tersebut ialah tepung gandum, gula, lemak dan telur.  Apakah fungsi bahan-bahan ini? Setiap satunya memainkan peranan penting  untuk menghasilkan sebiji kek yang enak dan menyelerakan 
1. Tepung gandum - Dalam pembuatan  kek, tepung yang sering digunakan adalah tepung protin rendah (low  protein) seperti tepung kek, tepung superfine, Red Rose dan sebagainya.  Anda boleh gunakan tepung gandum biasa(serbaguna/protin sederhana)  tetapi teksturnya lebih kasar berbanding jika menggunakan tepung protin  rendah yang menjadikan kek lebih halus.Tepung gandum berfungsi sebagai  agen penyerap cecair dari telur/air dan membentuk struktur yang kukuh  buat kek itu. Tanpa tepung yang cukup, kek menjadi lembik seperti  puding.
2. Gula - Gula  berfungsi memberikan rasa manis dan melembutkan adunan.Ada sesetengah  kek yang mempunyai kandungan gula yang tinggi agar menjadi pengawet  semulajadi supaya kek tahan lebih lama, contohnya kek buah. Dalam kek  mentega, gula dicampur dengan mentega dan dipukul hingga kembang dan  gebu.Gula ini membantu lemak memerangkap sel-sel udara yang penting  untuk menaikkan adunan kek nanti. Dalam kek yang menggunakan kaedah  membuih (foaming method) seperti membuat kek span, gula membantu  menstabilkan buih-buih telur supaya mudah digaul dengan bahan-bahan lain  seperti tepung gandum.
3. Lemak - Dalam  pembuatan kek, lemak yang digunakan adalah seperti mentega atau  majerin. Lemak berfungsi melembut dan melincirkan glutin dalam tepung  dan menjadikan kek lembut dan halus. Dalam kek mentega, lemak yang  digunakan adalah dalam bentuk pepejal seperti mentega atau majerin.  Untuk mendapatkan kek yang lebih sedap, mentega adalah dicadangkan  tetapi kebanyakan pengusaha bakeri mencampurkan mentega dan majerin  untuk menjimatkan kos dan volume yang lebih baik bagi kek tersebut.Lemak  ini dipukul bersama gula untuk memerangkap sel-sel udara dan menjadikan  ia ringan dan gebu. Lemak yang digunakan dalam kek span adalah dalam  bentuk cecair samada mentega cair, majerin cair atau minyak masak. Ia  memberi kelembutan dan kelembapan kepada kek.
4. Telur - Telur  berperanan menyebatikan semua adunan dan memberikan kelembapan kepada  kek. Dalam kek mentega, telur yang merupakan cecair membantu  menyebatikan mentega dan gula . Ia juga membantu mencairkan gula . Dalam  kek span, telur adalah sumber penaik yang utama dimana sel-sel udara  yang terperangkap dalam buih-buih telur itu akan mengembang apabila  dibakar. Proses ini akan menaikkan kek dan menjadikan ia kembang dan  gebu. Telur juga menyediakan rasa lemak dan warna kuning kepada kek.
Begitulah  serba sedikit tentang peranan bahan-bahan yang digunakan dalam  pembuatan kek. Disamping bahan-bahan diatas, ada banyak lagi bahan-bahan  tambahan yang dimasukkan untuk memberikan perbezaan rasa dan warna  kepada kek.
 
No comments:
Post a Comment