Friday, June 10, 2011

Sosej Blossom Bun

Tadaaaaaa~  
Jangan banyak cakap la, sediakan pen dan kertas dan perut yang kosong..hehehehehe...

BAHAN-BAHANNYA :-)

250gm tepung roti ( high protein flour)
50gm gula halus
1/2 camca teh garam halus
10 gm susu tepung
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softener
30gm telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6gm instant yeast
20gm mentega
125ml air suam (kalau guna breadmaker, guna air biasa)
10 batang sosej "ayamas", celur sekejap dan toskan
Mayonaise secukupnya
Sos Cili/tomato secukupnya
Mix vege secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK DOH:- Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega. Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan teruskan menguli sehingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (lebih kurang 20 minit..lenguh tangan wooo). Bulat2kan doh, letak dlm bekas dan balut dgn plastik wrap, biarkan selama 45 minit hingga naik.

Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagi doh kepada 10 bahagian sama besar (lebih kurang 50gm setiap satu). Ambil satu bahagian dan canaikan memanjang, letak 1 batang sosej dan bungkus, kemudian kerat kepda 8 bahagian (seperti dalam gambar).

haha..sila ignore canaian yang x rata..


Kemudian, bentukkan seperti dalam gambar dengan menolak setiap bahagian keluar hingga keratan terakhir di tolak ke tengah2 bahagian membentuk sebagai tampuk bunga.Tekan sedikit biar kelihatan kemas. Alih dalam dulang pembakar yang telah di sapu sdikit mentega. Jarakkan antara satu sama lain. Buat hingga siap. Perapkan 45 minit.



Sapu dengan baki telur tadi rata2. Tabur mix vege, kemidian paipkan sos dan mayo. Bakar pada suhu 190c selama 20-25 minit. Sejukkan sebelum di hidang.

 
dalam proses membakar..
P/S : Jimat ni, kalau beli di bakery harga suda brapa..hmhm..Selamat~

No comments:

Post a Comment