>>Crisco adalah jenama sejenis shortening
Marjerin
Marjerin  adalah bahan gantian kepada mentega kerana harganya yang lebih murah.  Ia diperbuat daripada lemak sayuran ataupun lemak haiwan. Di negara  kita, marjerin diperbuat dari minyak kelapa sawit, garam, air,pewarna,  perisa, antipengoksida dan lain-lain. Ia bewarna kuning dan tidak  mengandungi lemak susu. Bagi kebanyakan industri bakeri, mereka  mengunakan marjerin untuk menjimatkan kos dan menambah perisa seperti  butteroil dan lain-lain supaya rasanya sama seperti menggunakan mentega.  Saya juga kadangkala mencampurkan marjerin dan mentega tulin bagi  mendapatkan rasa seperti mentega untuk membuat kek dan juga biskut. Kek  mentega yang menggunakan campuran dua bahan ini elok gebunya dan kurang  berminyak jika dibandingkan dengan menggunakan majerin 100 peratus.  Untuk membuat krim mentega sejenis marjerin bernama krimwell digunakan.  Ia bewarna putih dan sesuai dicampurkan dengan mentega untuk membuat  krim ini.
Panduan Penyimpanan
Marjerin  tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk kerana ia keras pada suhu  bilik. Marjerin yang telah dibuka hendaklah disimpan di dalam bekas  bertutup rapat bagi menghindarkan ia menyerap bau-bauan dari makanan  lain. Letakkan ia dalam almari yang kering dan dingin. Jangan simpan di  tepi dapur atau tempat panas kerana ia akan cair.
Shortening
Shortening  adalah lemak sayuran putih yang berkalori tinggi dan tidak mengandungi  karbohidrat atau protin. Ia bewarna putih dan sering digunakan dalam  pembuatan pastri, roti,krim mentega dan lain-lain. Shortening jarang  digunakan dalam pembuatan kek tetapi ia ada digunakan sedikit dalam  pembuatan biskut. Anda perlu berhati-hati apabila membeli lemak putih  ini kerana ada sejenis lemak putih yang dinamakan LARD adalah diperbuat  dari lemak babi.Cara penyimpanan adalah sama dengan marjerin.

 
No comments:
Post a Comment